Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Seminar INTAN Cetus Idea dan Pendekatan Baharu Dalam Perkhidmatan Awam

By 10 Februari 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shaik Fikri (Terengganu)

KEMAMAN, 10 Feb (MalaysiaAktif) – Seminar Perspektif Intelek Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN): Jejak Pemimpin bertemakan Lonjakan Kuantum Daripada Fizik Ke Politik mencetuskan idea serta pendekatan baharu dalam kalangan peserta bagi menangani cabaran tugas semasa secara lebih kreatif dan progresif.

Dick Khuzariry Mohamad ketika menyampaikan ucaptama

Pengarah INTAN Wilayah Timur, Dick Khuzariry Mohamad berkata program berkenaan mampu melahirkan penjawat awam yang berfikiran terbuka dan berupaya melakukan lonjakan dalam penyampaian perkhidmatan awam.

“Penganjuran seminar ini bertujuan menyokong pembangunan modal insan sektor awam dengan melahirkan pemimpin yang berwawasan, strategik dan berkeupayaan mengemudi perubahan,” katanya.

Berlangsung di INTAN Kampus Wilayah Timur, semalam, program berkenaan merekodkan penyertaan 179 penjawat awam dari pelbagai jabatan dan agensi.

Seminar menampilkan tokoh jemputan, Dato’ Dr. Abdul Latiff Awang yang berkongsi perjalanan kerjaya beliau daripada bidang akademik sains tulen, pentadbiran awam sehingga ke arena politik negara, sekali gus membuka perspektif baharu tentang kepimpinan dan perubahan.

-AA-

Tinggalkan komen anda