Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

106 Penolong Pegawai Perubatan Terima Pengiktirafan di Hospital Baling

By 11 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Amran Mohamad Kamis (Baling)

BALING, 11 Mac (MalaysiaAktif) – Seramai 106 Penolong Pegawai Perubatan Hospital Baling menerima pengiktirafan menghargai sumbangan serta pengorbanan golongan berkenaan dalam memperkasa perkhidmatan kesihatan dan memastikan kebajikan pesakit sentiasa terpelihara.

Penyelia Hospital, Samsudin mewakili Penolong Pegawai Perubatan menerima cenderahati daripada Pengarah Hospital Baling Dr. Selvanayagam Shanmuganathan.

Pengiktirafan berkenaan diterima menerusi Sambutan Hari Pembantu Perubatan Peringkat Hospital Baling 2026 yang bertemakan Memacu Pemodenan Perkhidmatan, Meningkatkan Kualiti Kesihatan.

Pengarah Hospital Baling, Dr. Selvanayagam Shanmuganathan berkata merupakan antara barisan hadapan yang sentiasa berdepan dengan pesakit.

“Kecekapan, empati dan integriti yang ditunjukkan memberi impak besar terhadap kualiti rawatan serta keyakinan masyarakat terhadap institusi kesihatan.

“Justeru, saya menyeru agar semua Penolong Pegawai Perubatan terus memperkukuh profesionalisme, meningkatkan kompetensi diri serta mengekalkan komitmen tinggi dalam melaksanakan tugas selari dengan perkembangan teknologi dan transformasi sektor kesihatan negara,” katanya ketika berucap pada majlis itu, semalam.

Sambutan yang diraikan setiap 10 Mac itu turut diisi dengan ceramah khas oleh Pakar Psikiatri Hospital Baling, Dr. Ezzati Ismail yang menyentuh aspek pengurusan tekanan serta kepentingan menjaga kesejahteraan mental dalam kalangan petugas kesihatan, khususnya dalam persekitaran kerja yang mencabar.

Turut hadir Timbalan Pengarah Hospital Baling, Dr. Azhani Haliyati Abdul Yamin serta Ketua Penyelia Hospital, Samsudin bersama barisan pegawai kanan hospital.

-AA-

Tinggalkan komen anda