Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

BKKA RM300 untuk Guru KAFA, Tahfiz dan Sekolah Agama Pulau Pinang

By 11 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Abd Aziz Osman

KEPALA BATAS, 11 MAC (MalaysiaAktif) – Penyelia, guru dan kakitangan Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) di Pulau Pinang bakal menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) 13 Mac ini.

Chow Kon Yeow berkata Kerajaan Negeri memberi komitmen berterusan dalam menghargai umat Islam melalui keseimbangan antara pembangunan ekonomi dan kebajikan sosial rakyat.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata turut menerima BKKA berjumlah RM300 itu adalah petugas di Sekolah Agama Rakyat, institusi tahfiz, pondok serta tadika Islam.

“Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam menghargai sumbangan pendidik Islam selain memastikan keseimbangan antara pembangunan ekonomi dan kebajikan sosial rakyat.

“Sumbangan BKKA ini sebagai tanda penghargaan terhadap peranan penting pendidik dalam membimbing anak-anak kita dengan ilmu dan nilai murni,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim, Pelajar, Guru Agama dan Kariah di perkarangan Masjid Syeikh Adnan, di sini semalam.

Anak Qariah Penaga yang hadir ke Program Iftar Jamaei bersama ketua Menteri Pulau Pinang di Masjid Adnan Penaga.

Dalam pada itu, Chow berkata usaha memperkasakan pembangunan Islam di negeri berkenaan dilaksanakan secara berterusan melalui Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) bersama entiti utamanya Lembaga Zakat Pulau Pinang.

Sebagai langkah memperkukuh infrastruktur keagamaan, kerajaan negeri juga katanya turut memperkenankan peruntukan bagi menaik taraf masjid sedia ada serta membina tujuh masjid baharu, sekali gus melengkapkan 208 buah masjid yang kini berfungsi sebagai pusat ibadah dan pembangunan komuniti Islam di Pulau Pinang.

-RI

Tinggalkan komen anda