Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

117 Warga Asing Ditahan Dalam Ops Mahir di Senai

By 2 Mac 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shah Hood/Facebook Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor

KULAI, 2 Mac (MalaysiaAktif) – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan 117 warga asing dalam serbuan Ops Mahir di sebuah kilang peralatan perubatan di sekitar Senai pada 27 Feb lalu.

Pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor menjalankan pemeriksaan terhadap warga asing dalam operasi yang dijalankan.

Pengarah Imigresen Negeri Johor Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata mereka yang ditahan disyaki melanggar Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Mereka terdiri daripada 47 lelaki dan 65 wanita warganegara Myanmar serta lima lelaki warganegara Bangladesh berusia 19 hingga 52 tahun.

“Mereka ditahan kerana dipercayai bekerja tanpa kebenaran, gagal mengemukakan dokumen sah serta melanggar peruntukan undang-undang. Turut ditahan seorang pegawai sumber manusia warga tempatan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata operasi pada 7 pagi itu hasil risikan dan aduan awam berhubung penggajian pekerja asing tanpa dokumen sah.

“Kesemua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan dan tindakan lanjut. JIM Johor menegaskan bahawa operasi penguatkuasaan akan terus dipergiatkan dan diperluaskan ke seluruh negeri Johor.” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda