Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

1,500 Meriahkan Sambutan Tahun Baru Cina di Segambut

By 9 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Shazni Shaari/Naqiah Abdul Malik

KUALA LUMPUR, 9 Mac (MalaysiaAktif) – Seramai 1,500 orang masyarakat pelbagai kaum memeriahkan Sambutan Tahun Baru Cina peringkat Parlimen Segambut dalam suasana harmoni dan penuh muhibah, kelmarin.

Hannah Yeoh meluangkan masa bergambar bersama orang ramai yang hadir ke Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2026 Parlimen Segambut.

Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh Tseow Sua, berkata sambutan berkenaan bukan sekadar meraikan masyarakat Tionghua, malah ianya turut diraikan oleh pelbagai kaum lain yang menjadi teras utama perpaduan negara.

“Kepelbagaian budaya masyarakat dilihat bukan sahaja memperkukuhkan hubungan perpaduan dan kerjasama dalam membangunkan komuniti yang sejahtera, malahan ianya menjadi tunjang kemakmuran masyarakat khususnya di Parlimen Segambut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Parlimen Segambut 2026 di Plaza Akadia, Desa Parkcity, di sini.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Sub Zon Parlimen Segambut Datuk Seri Yap Keow Keong menzahirkan keterujaan melihat semangat kekitaan di kalangan komuniti setempat.

Persembahan tarian yang bertenaga menjadi antara tarikan utama yang memeriahkan Sambutan Tahun Baharu Cina 2026 Parlimen Segambut.

“Saya sangat gembira melihat kepelbagaian masyarakat bukan sahaja merayakan Sambutan Tahun Baru Cina malahan dapat berkumpul bersama dan megeratkan hubungan kasih sayang,” katanya.

Majlis sambutan tersebut turut dimeriahkan dengan acara menggaul Yee Sang, pertujukan tarian singa oleh Taman Bukit Maluri Lion Dance Group dan persembahan Wushu oleh pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Bukit Maluri.

Turut hadir Pengarah Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya Normaizatulakmal Tujad, Pengurus Pejabat Cawangan Parlimen Segambut Norfaridah Mohamed Zainuddin bersama barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Penduduk Parlimen Segambut.

-RI

Tinggalkan komen anda