
Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/BES labuan
LABUAN, 1 Mac (MalaysiaAktif) – Seramai 1,500 orang terdiri daripada golongan asnaf dan fakir serta mereka yang layak menerima sumbangan Nur Ramadan Wilayah Persekutuan di Labuan dengan sumbangan wang tunai sebanyak RM200 setiap seorang.

Muhammad Azmi (tengah) menyantuni golongan asnaf yang menerima sumbangan Program Nur Ramadan
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain sumbangan itu adalah daripada peruntukan wang zakat yang diuruskan oleh pihak Majlis Agama Islam Wialyah Persekutuan.
“Pelaksanaan Program Nur Ramadan Wilayah Persekutuan 2026 mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam menyantuni golongan memerlukan, mempraktikkan amalan bersedekah secara terus serta memperkukuh semangat kebersamaan masyarakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
“Pihak JWP juga turut memberikan sumbangan khas sebanyak RM5,000 kepada Masjid Jamek Layang-Layangan, Madrasah Tahfiz Al-Quran Sri Merinding dan Maahad Tahfiz Addiin Wa Tharbiyatul Athfal untuk dimanfaatkan oleh pihak pengurusan masjid dan tahfiz untuk pelaksanaan program kerohanian para jemaah dan anak-anak tahfiz kita,” katanya semasa berucap pada Program Nur Ramadan Wilayah Persekutuan Peringkat Labuan, di sini semalam.
Tambahnya, seramai 300 orang asnaf serta 130 anak-anak tahfiz menerima sumbangan secara terus pada majlis itu manakala sumbangan Nur Ramadan yang selebihnya akan disalurkan terus ke akaun para asnaf.
-AA-





