
Laporan/foto: Shah Hood/Facebook Polis Johor
JOHOR BAHRU, 18 Mac (MalaysiaAktif) – Seramai 2,018 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor dikerahkan bagi menjayakan Op Selamat 26 sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Datuk Ab Rahaman ketika menyampaikan ucapan semasa Majlis Pelancaran Op Selamat 26
Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata operasi yang berlangsung dari 19 hingga 24 Mac itu menumpukan pemantauan di 47 lokasi hotspot dan 38 lokasi blackspot yang dikenal pasti berisiko tinggi berlaku kemalangan.
Operasi berkenaan dilaksanakan menerusi pendekatan pre-emptive services dan total enforcement bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terpelihara sepanjang tempoh perayaan.
“Program ini bukan sekadar operasi penguatkuasaan, tetapi satu usaha bersepadu bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terpelihara sepanjang musim perayaan.

Ketua Polis Johor turut menyantuni orang awam semasa majlis, menggalakkan kesedaran keselamatan dan hubungan erat dengan masyarakat
“Saya menyeru orang ramai agar mematuhi peraturan, merancang perjalanan dengan bijak, dan mengutamakan keselamatan demi kesejahteraan bersama,” katanya semasa Majlis Pelancaran Op Selamat 26 di AEON Mall Bukit Indah, hari ini.
Operasi tersebut turut membawa slogan “Kongsi Perjalanan, Kongsi Keselesaan, Keselamatan Diutamakan”.
Orang ramai diingatkan supaya mematuhi peraturan jalan raya, memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik serta merancang perjalanan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
-AA-





