Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

AKPS Tahan 17 Individu Termasuk Tiga Pemandu Tempatan Di BSI

By 25 Mac 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman (Johor)/AKPS

JOHOR BAHRU, 25 Mac (MalaysiaAktif) – Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia menahan 17 individu termasuk tiga warga tempatan dalam tempoh 24 jam di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), kelmarin.

11 warga Indonesia, dua Singapura, seorang Mesir dan tiga warga tempatan dipercayai pemandu antara yang ditahan

Menurut kenyataan AKPS, tangkapan tersebut melibatkan individu yang dikesan memasuki kawasan BSI tanpa kebenaran selain gagal mengemukakan dokumen perjalanan sah hasil pemeriksaan rapi yang dijalankan.

“Daripada jumlah itu, 11 adalah warga Indonesia, dua warga Singapura dan seorang warga Mesir, manakala tiga lagi merupakan warga Malaysia yang dipercayai bertindak sebagai pemandu,” jelas kenyataan tersebut yang dikeluarkan semalam.

Dalam operasi sama, pihak berkuasa turut menyita empat kenderaan di bawah Seksyen 49A Akta Imigresen 1959/63

Dalam operasi sama, pihak berkuasa turut menyita empat kenderaan mengikut Seksyen 49A Akta Imigresen 1959/63.

Kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c), Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 55E akta sama.

“AKPS menegaskan tiada kompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti membawa atau melindungi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), dengan tindakan tegas termasuk pelucuthakan kenderaan akan dikenakan kepada individu yang bersubahat,” katanya.

-AA-

Tinggalkan komen anda