
Laporan/foto: Norhafiezah Abd Aziz/Stephen Jipolin Jouti (Penampang)
PENAMPANG, 16 Mac (MalaysiaAktif) – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Inobong menganjurkan Program Bazar Raya NADI bagi memberi peluang kepada usahawan kecil merancakkan aktiviti ekonomi setempat.

Diandra Sandra memberikan penerangan mengenai kepentingan literasi digital kepada usahawan kecil yang menyertai Bazar Raya NADI kelmarin.
Bazar tersebut menghimpunkan usahawan tempatan yang menawarkan pelbagai produk menarik merangkumi kraf tangan tradisional, aneka juadah makanan serta barangan terpakai.
Pengurus NADI Kampung Inobong Diandra Sandra D. M. berkata penganjuran bazar itu bertujuan memberi ruang kepada penduduk menjana pendapatan tambahan sempena musim perayaan.
“Melalui platform ini, usahawan dapat memasarkan produk secara fizikal serta berpeluang berinteraksi dengan agensi kerajaan bagi meningkatkan literasi maklumat,” katanya ketika ditemui kelmarin.
Diandra berharap usahawan komuniti tidak melepaskan peluang untuk terus melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai program anjuran NADI pada masa hadapan.

Florie Makajil (dua, kiri) dibantu ahli keluarga menyertai Bazar Raya NADI Kampung Inobong sebagai platform mempromosikan produk jualan usahawan luar bandar kelmarin.
Beliau menjelaskan penglibatan berterusan itu penting bagi memastikan usahawan sentiasa dikemas kini dengan ilmu digital dan peluang ekonomi baharu.
Usahawan Florie Makajil berkata penglibatan NADI sebagai platform perniagaan sangat sesuai kerana menyediakan fasiliti yang kondusif kepada usahawan tempatan.

menyifatkan penyertaan dalam aktiviti Kidventure sempena Bazar Raya NADI Kampung Inobong memberikan pengalaman baharu yang bermakna buat dirinya.
Seorang peserta kanak-kanak Dentchaster Dino Dillon, 12, menyifatkan penyertaan kali pertama dalam aktiviti tersebut memberi pengalaman baharu yang bermakna.
“Program ini sangat bermanfaat dan saya berharap dapat menyertai aktiviti seperti ini dengan lebih kerap selepas ini,” ujarnya.
-RJ





