Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Belacan Bintulu Kekal Ikon Rasa Tradisional Sarawak

By 10 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Linda Padan/Joannes Duat (Bintulu)

BINTULU, 10 Mac (MalaysiaAktif) – Terkenal dengan aroma wangi dan rasa umami tersendiri, Belacan Bintulu terus menjadi produk tradisional Sarawak yang mengekalkan keaslian warisan tempatan dan menggamit selera.

Belacan ini dihasilkan daripada 100 peratus udang geragau atau bubuk yang dicampur dengan garam tanpa pewarna atau bahan kimia menjadikannya kurang berbau hanyir, tidak terlalu masin dan sesuai digunakan dalam pelbagai masakan seperti sambal, tumisan atau dimakan bersama ulam-ulaman.

Bubuk yang siap dibungkus siap untuk dijual kepada pelanggan.

Udang bubuk diproses dengan dikeringkan di bawah sinar matahari sebelum digiling halus menjadi serbuk.

Serbuk tersebut kemudiannya dicampur dengan garam, diperam, dibentuk menjadi blok atau bulatan kecil dan dijemur sehingga kering separa.

Pengusaha belacan tempatan, Razuna Rakawi, 56, berkata permintaan terhadap Belacan Bintulu masih tinggi termasuk dari luar negara.

“Saya menggunakan campuran udang geragau, garam kasar dan sagu yang dijemur selama lima hari sebelum diproses menggunakan mesin bagi menghasilkan belacan yang berkualiti serta kurang berbau,” katanya kepada Malaysia Aktif, hari ini.

Razuna Kiprawi sedang menjemur udang sebelum ia diproses menjadi belacan.

Beliau menambah dahulu proses pembuatan dilakukan secara tradisional menggunakan lesung, namun penggunaan mesin kini membolehkan pengeluaran sehingga 70 kilogram belacan sehari terutama ketika musim bubuk.

-RJ-

Tinggalkan komen anda