Skip to main content
Berita TempatanSARASarawak

Jualan Rahmah MADANI CS Mart Ringankan Beban Penduduk Long Lama

By 30 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Regina Lasia (Telang Usan)

LONG LAMA, 30 Mac (MalaysiaAktif) – Penduduk sekitar Long Lama terus mendapat manfaat daripada program Jualan Rahmah MADANI yang berlangsung selama dua hari yang bermula semalam di Dewan SJK (C) Kee Tee.

Program anjuran CS Mart itu mendapat sambutan menggalakkan daripada komuniti setempat termasuk penduduk dari kampung berhampiran yang hadir bagi mendapatkan barangan keperluan harian pada harga lebih rendah berbanding pasaran biasa.

Masyarakat di kawasan Long Lama mendapatkan barangan keperluan harian pada harga lebih rendah berbanding pasaran.

Ketua Komuniti MADANI Long Lama Desmond Yap, 60, berkata inisiatif kerajaan tersebut banyak membantu meringankan beban kos sara hidup masyarakat di kawasan pedalaman tanpa perlu ke Bandar Miri untuk mendapatkan barangan asas.

“Program ini sangat membantu masyarakat setempat khususnya dalam mendapatkan keperluan harian dengan harga yang berpatutan,” katanya kepada MalaysiaAktif, di sini hari ini.

Pengunjung dari Kampung Uma Akeh Francis Ngau Jok, 63, berkata penganjuran jualan yang kerap juga ternyata memberi kelegaan berterusan kepada penduduk terutama golongan B40.

Beliau menjelaskan bantuan seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Skim Bantuan Kasih Sayang (SKAS) juga membantu meringankan beban kewangan mereka.

“Jualan ini membantu kami berjimat dan tidak terlalu terkesan dengan kenaikan harga barang keperluan semasa,” katanya.

-RJ-

Tinggalkan komen anda