Skip to main content
Berita TempatanSabah

Kanta Lekap Alat Perubatan, Bukan Sekadar Kosmetik

By 16 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noorsiah Mahmud (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 16 Mac (MalaysiaAktif) – Kanta lekap merupakan salah satu alat perubatan dan bukan sekadar kosmetik, kata Pegawai Optometri Nur Hayati Mohamed Shabery.

Nur Hayati ketika menunjukkan kanta keras (Rigid Gas Permeable) program Crystal Clear: Empowering Eye Health Awareness sempena Sambutan Hari Optometri Sedunia Peringkat Negeri Sabah.

Beliau berkata kanta lekap yang digunakan untuk menjadikan penglihatan lebih jelas tidak seharusnya dijual sembarangan di pasar-pasar malam.

“Kanta lekap hanya boleh dibeli di kedai cermin mata yang mempunyai optometris bertauliah. Walaupun terdapat kanta berwarna untuk tujuan kosmetik, ia tetap alat perubatan dan tidak sepatutnya dijual di pasar malam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Crystal Clear: Empowering Eye Health Awareness sempena sambutan Hari Optometri Sedunia Peringkat Negeri Sabah di Hospital Queen Elizabeth, di sini kelmarin.

Menurut Nur Hayati, pengguna perlu mengetahui jenis kanta lekap yang digunakan sama ada harian, bulanan atau tahunan bagi mengelakkan komplikasi seperti mata merah atau parut.

Beliau menasihatkan pengguna kali pertama agar mendapatkan tunjuk ajar daripada optometris mengenai cara penggunaan dan penjagaan kanta dengan betul.

Seorang peserta program Nurul Alezza Hazra Munirah Alimat, 34, memberitahu program tersebut membantu beliau mendapatkan maklumat penting mengenai jenis kanta lekap yang sesuai.

Nurul (kiri) bersama rakan-rakannya ketika mengunjungi reruai Kanta Lekap pada program Crystal Clear: Empowering Eye Health Awareness.

“Program seperti ini sangat bagus kerana banyak memberi maklumat baru terutama tentang cara penggunaan dan jenis kanta lekap,” katanya.

Nurul Alezza menjelaskan kanta lekap jenis keras memerlukan preskripsi daripada doktor sebelum boleh digunakan oleh pengguna.

-RJ

Tinggalkan komen anda