Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Kedai Emas di Kelantan Jadi Tumpuan Menjelang Syawal

By 18 Mac 2026Mac 20th, 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Meriam/Fadzlina Fadzil (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 18 Mac (MalaysiaAktif) – Menjelang Syawal, suasana di Kelantan semakin meriah apabila orang ramai giat membuat persiapan akhir Hari Raya Aidilfitri termasuk mendapatkan barangan kemas sebagai pelengkap penampilan.

Emas Dubai yang berharga mencecah RM20,000

Kedai emas di sekitar bandar ini menjadi antara lokasi paling sibuk dengan kehadiran pelanggan yang berterusan, lebih-lebih lagi susulan penurunan harga emas dunia yang kini sekitar RM602.57 segram berbanding RM661.76 sebelum ini.

Pemilik kedai emas, Noorin Mat Sai, 44, berkata situasi tersebut memberi kesan positif kepada perniagaannya apabila orang ramai mengambil peluang membeli emas pada harga lebih rendah.

“Orang ramai mengambil peluang membeli emas menjelang Syawal kerana harga semasa yang lebih rendah. Corak seperti Emas Dubai juga menjadi pilihan utama pelanggan,” katanya kepada Malaysia Aktif.

Menurutnya, kedai menerima kunjungan pelanggan yang tidak putus-putus sejak beberapa hari kebelakangan ini, khususnya dalam kalangan wanita yang mencari rekaan terkini.

Pembeli-pembeli sedang membuat pilihan barangan kemas

Sementara itu, seorang pelanggan, Tengku Subariah Raja Daud, 64, berkata beliau setia membeli di kedai tersebut kerana kualiti dan kepercayaan yang telah lama terjalin.

“Saya lebih selesa membeli di sini kerana layanan baik dan kualiti emas yang terjamin,” ujarnya.

Fenomena ini menunjukkan emas bukan sahaja menjadi pilihan perhiasan, malah turut mempunyai nilai pelaburan dan sentimental yang tinggi dalam kalangan masyarakat, khususnya menjelang musim perayaan.

-AA-

Tinggalkan komen anda