Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Penjawat Awam Melaka Terima BKK Tambahan RM500

By 10 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam/Mohd Rimee Ismail (Melaka Tengah)

MELAKA, 10 Mac (MalaysiaAktif) – Penjawat Awam Negeri Melaka bakal menerima Bantuan Khas Kewangan Tambahan sebanyak RM500 yang akan disalurkan esok.

Penjawat awam yang hadir.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata bantuan khas ini telah dibentangkan sebelum ini melalui Bajet Negeri Melaka dalam membantu persiapan sambutan Aidilfitri serta sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri atas segala komitmen, dedikasi dan khidmat bakti dalam memastikan pentadbiran negeri terus bergerak maju dan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Sebagaimana telah diputuskan dalam bajet negeri baru–baru ini, kerajaan negeri telah bersetuju untuk memberikan parkir percuma selama tujuh hari bagi tahun ketiga pentadbiran melibatkan kesemua kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mana inisiatif ini melibatkan 39,696 petak parkir dengan implikasi kewangan sebanyak RM901,297.45.

“Satu lagi khabar gembira buat semua penjawat awam dan rakyat Negeri Melaka yang telah merancang perjalanan pulang ke kampung halaman bahawa Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk memberikan cuti lanjutan sehingga 24 Mac 2026 sekiranya perayaan Aidilfitri disambut pada hari Sabtu 21 Mac 2026,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perhimpunan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka Bulan Mac 2026 di Melaka Trade International Centre (MITC).

-RI

Tinggalkan komen anda