Skip to main content
JohorBerita SelatanBerita Tempatan

KPDN Johor Gagalkan Cubaan Seleweng Minyak Diesel

By 31 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal (Johor Bahru)/KPDN Johor

JOHOR BAHRU, 31 Mac (MalaysiaAktif) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor mematahkan cubaan penyelewengan minyak diesel dalam serbuan di stesen minyak di Pasir Gudang, di sini semalam.

Pengarahnya Lilis Saslinda Pornomo berkata operasi pada 2 petang itu dibuat Unit Ronda Penguat Kuasa (URP) ketika melakukan rondaan sebelum mengesan dan menahan sebuah lori yang mencurigakan bagi tujuan pemeriksaan.

Lilis Saslinda, berkata kegiatan itu dipercayai melibatkan pemindahan dan penyimpanan diesel secara tidak sah untuk pasaran lain.

“Hasil pemeriksaan mendapati lori berkenaan telah diubah suai tangki dengan membuat pemasangan dua unit pam yang disambungkan daripada tangki asal kenderaan terus ke tangki tambahan jenis Intermediate Bulk Container (IBC) di bahagian ruang simpanan yang dianggarkan boleh memuatkan sebanyak 800 liter minyak diesel,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata pemeriksaan ke atas pemandu iaitu lelaki warga tempatan berusia awal 40-an mendapati dia gagal mengemukakan sebarang dokumen sah yang diperlukan seperti permit khas dan lain-lain.

“Pihak KPDN Johor akan mengambil tindakan tegas ke atas individu berkenaan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (AKB 1961) dan hasil nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM20,716.00,” katanya.

Tambahnya, orang ramai di Johor boleh menyalurkan sebarang maklumat atau aduan kepada pihak kementerian melalui Whatsapp di talian 019–848 8000, Portal e–Aduan KPDN iaitu [email protected], Call Centre 1–800–886-800 dan Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN bagi memudahkan penyaluran maklumat dan aduan.

-RI

Tinggalkan komen anda