Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

KPDN Terus Komited Ringankan Kos Sara Hidup Melalui Bazar Ramadan RAHMAH

By 1 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohammad Hafizee(Kuala Lumpur)/KPDN WPKL

KUALA LUMPUR, 1 Mac (MalaysiaAktif) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terus komited membantu rakyat menangani kos sara hidup menerusi pelaksanaan Bazar Ramadan RAHMAH (BRR) peringkat Zon Tengah yang diadakan di Bazar Ramadan Jalan Raja Alang, Kampung Baru, di sini semalam.

Fuziah sempat beramah mesra bersama pengunjung yang hadir ke bazar

Program yang memasuki tahun keempat pelaksanaannya sejak 2023 ini melibatkan 116 lokasi bazar di seluruh negara dengan penyertaan kira-kira 3,000 peniaga, termasuk empat lokasi strategik di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dipilih dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), iaitu di Kampung Baru, UTC Sentul, TLK Tasik Permaisuri dan Seksyen 1 Wangsa Maju.

Peniaga di lokasi BRR menyediakan pelbagai pilihan Juadah RAHMAH pada harga RM5 dan ke bawah bagi memastikan golongan berpendapatan rendah dapat menikmati hidangan berbuka puasa yang seimbang.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata Insentif e-wallet sebanyak RM20 turut ditawarkan kepada pengunjung melalui Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) bagi menggalakkan urus niaga tanpa tunai.

Secara keseluruhan, 8,000 PIN e-wallet akan diedarkan di Kuala Lumpur sepanjang Ramadan 2026 menerusi pelaksanaan Bazar Ramadan RAHMAH di empat lokasi terlibat.

“KPDN berharap agar kerjasama erat semua pihak dapat terus memperkukuh pelaksanaan inisiatif di bawah Payung RAHMAH MADANI demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

KPDN turut menekankan isu pembaziran melalui program Ihsan Food Bank (i-FB) @ Bazar Ramadan RAHMAH, di mana setakat 27 Feb,  inisiatif MYSaveFood Ramadan mencatatkan pencapaian luar biasa.

Gerakan ini dilaksanakan oleh 750 sukarelawan Gerakan Pengguna Siswa (GPS) yang dilatih oleh Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia (GEMA) serta rakan strategik ReMeal bagi memastikan lebihan makanan diagihkan secara bersih dan selamat kepada komuniti yang memerlukan.

-AA-

Tinggalkan komen anda