Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Lebih 600 Terima Sumbangan Majlis Raya LAKIL Ceriakan Limbang

By 18 Mac 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sumardi Sugiman/Muhamad Rizal (Limbang)

LIMBANG, 18 Mac (MalaysiaAktif) – Seramai lebih 600 penerima menerima sumbangan sempena Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya 1447H/2026M di Masjid Jannatul Firdaus, di sini semalam.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, berkata program tahunan tersebut merupakan anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Islam Limbang (LAKIL) dengan kerjasama Pejabat Residen serta Pejabat Agama Islam Bahagian Limbang.

“Penganjuran program ini bertujuan menceriakan golongan memerlukan dalam membuat persiapan Aidilfitri,” katanya ketika menyempurnakan majlis itu.

Antara penerima sumbangan pada majlis itu adalah seramai 202 imam dan bilal daripada 64 masjid serta surau di Daerah Limbang selain 247 ibu tunggal, 93 anak yatim serta 114 orang kurang upaya (OKU).

Turut hadir Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah, serta Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail.

-RJ-

 

Tinggalkan komen anda