Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Majlis Ihya’ Ramadan Daerah Kuala Langat Diserikan Keberangkatan Sultan Selangor

By 9 Mac 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rose Ryqal (Kuala Langat)

KUALA LANGAT, 9 Mac (MalaysiaAktif) — Majlis Ihya’ Ramadan Peringkat Daerah Kuala Langat yang berlangsung pada Jumaat diserikan dengan keberangkatan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Turut hadir Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari bersama isteri selain barisan kepimpinan negeri, pegawai kanan kerajaan, pemimpin masyarakat serta penduduk setempat.

Antara pengisian program termasuk bacaan tahlil dan doa selamat, ceramah khas Ramadan serta penyampaian sumbangan kepada golongan asnaf dan mereka yang memerlukan di daerah Kuala Langat.

Pada majlis tersebut, Baginda berkenan menyampaikan sumbangan Ramadan kepada 150 penerima yang terdiri daripada golongan asnaf dan Orang Kurang Upaya (OKU) sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan masyarakat setempat.

Pegawai Daerah Kuala Langat, Tengku Rohana Tengku Nawawi dalam ucapannya memaklumkan mengenai sejarah masjid, perkembangan projek pembangunan di daerah itu serta harapan agar pelbagai inisiatif pembangunan terus memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

-FN

Tinggalkan komen anda