Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Sumbangan Zakat Wakalah Boustead Rai Asnaf dan Warga Emas

By 9 Mac 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aidil Azhar/Hasmah Hanafi (Bandar Baharu)

BANDAR BAHARU, 9 Mac (MalaysiaAktif) – Seramai 200 penerima golongan asnaf dan warga emas di Parlimen Kulim Bandar Baharu menerima sumbangan zakat wakalah daripada Boustead Plantations Berhad dalam satu majlis ringkas di sini, kelmarin.

Muhar menyampaikan sumbangan kepada penerima-penerima yang hadir.

Ahli Lembaga Pengarah Boustead Plantations Berhad Datuk Muhar Hussain berkata sumbangan zakat itu merangkumi bantuan kewangan yang merupakan salah satu inisiatif korporat syarikat tersebut dalam menyantuni masyarakat serta menyokong kesejahteraan golongan kurang bernasib baik.

Ia juga katanya turut memberi peluang kepada golongan berkenaan menyambut hari raya dengan lebih selesa bersama keluarga.

“Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu tuan-tuan dan puan-puan dalam membuat persiapan menyambut hari raya yang bakal tiba tidak lama lagi,” katanya pada majlis berkenaan.

Salah seorang penerima yang juga merupakan orang kurang upaya (OKU) Mohamad Salleh Yusof, 56, meluahkan rasa syukur atas bantuan yang diterimanya kerana membantunya membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

“Saya amat berterima kasih kepada Boustead atas sumbangan ini. Bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu saya membuat persiapan untuk menyambut hari raya,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda