Skip to main content
Berita TempatanSarawak

MAKSAK Wanita Sri Aman Santuni Kakitangan Mangsa Kebakaran

By 9 Mac 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto : Iswandi Kassim / UKAS (Sri Aman)

SRI AMAN, 9 Mac (MalaysiaAktif) – Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Wanita Bahagian Sri Aman menyampaikan sumbangan kepada halinya yang menjadi mangsa kebakaran di Taman Sentosa Indah, hari ini.

Sumbangan diserahkan kepada Siti Mahfuzah, kakitangan Pejabat Daerah Kecil Engkilili yang kehilangan tempat tinggal serta seorang anak dalam tragedi tragis tersebut.

Pengerusi MAKSAK Wanita Bahagian Sri Aman Dayang Azizah Mohd Salleh berkata MAKSAK Wanita akan terus memperincikan bentuk sumbangan dan sokongan moral yang diperlukan bagi membangkitkan semula semangat mangsa sekeluarga.

Dayang Azizah  mempengerusikan Mesyuarat Bilangan 1/2026 bagi membincangkan perancangan aktiviti persatuan di Wisma SADA.

“Kami mahu memastikan Siti Mahfuzah mendapat sokongan yang diperlukan untuk bangkit semula daripada trauma ini,” katanya semasa majlis ringkas yang diadakan di Wisma SADA, hari ini.

Langkah menyantuni Siti Mahfuzah mencerminkan peranan persatuan yang bukan sahaja fokus kepada aktiviti sosial dan sukan, malah menjadi sistem sokongan penting dalam komuniti perkhidmatan awam ketika ahli ditimpa musibah.

-RJ-

Tinggalkan komen anda