
Laporan/foto: Zaini Morshidi/MTPN (Sibu)
SIBU, 17 Mac (MalaysiaAktif) – Seramai 70 anak yatim di Kompleks Kebajikan Juma’ani Tuanku Haji Bujang (KKJTHB) menerima kunjungan daripada Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Cawangan Sibu menerusi Program Kasih Ramadan 2026.
Kompleks tersebut merupakan pusat kebajikan yang dahulunya dikenali sebagai Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak (PERYATIM).
Pengerusi MTPN Cawangan Sibu Nurintan Asmida berkata pihaknya kini bukan sahaja memberi tumpuan kepada isu kepenggunaan malah turut memainkan peranan aktif dalam aktiviti kebajikan.
“MTPN komited melaksanakan pelbagai inisiatif yang memberi manfaat terus kepada masyarakat melalui pendekatan yang lebih prihatin dan penuh sokongan moral,” katanya kepada Malaysia Aktif semalam.
Nurintan berharap agar usaha yang dilaksanakan mampu menceriakan anak-anak yatim serta membawa keberkatan kepada semua pihak yang terlibat.
Program tersebut menjadi manifestasi keprihatinan dan kasih sayang MTPN terhadap golongan memerlukan khususnya dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
-RJ-





