Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Pasar Tamu Minggu Sibu Jaya Daya Tarikan Pengunjung

By 2 Mac 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Sharifah Robiah (Sibu)

SIBU, 2 Mac (MalaysiaAktif) – Berkunjung ke Pasar Tamu Hujung Minggu Sibu Jaya menjadi kemestian bagi penduduk kawasan sekitar kerana pasar tamu ini beroperasi setiap Sabtu dan Ahad bermula jam 7 pagi hingga 1 tengah hari dan menawarkan pelbagai jenis barangan terutama aneka juadah tempatan asli Sarawak.

Garai Udai dan isteri menjual hasil bumi di Pasar Tamu Minggu Sibu Jaya bagi menambah pendapatan harian keluarga.

“Berniaga di pasar tamu minggu Sibu Jaya ini dapat menambah pendapatan sampingan dan meningkatkan taraf ekonomi keluarga.

“Selain mencari pendapatan secara berniaga sayur-sayuran di pasar tamu ini, inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara one-off dan bulanan juga meringankan beban perbelanjaan keluarga terutamanya untuk pembelian barang dapur dan keperluan asas,” kata peniaga tempatan Garai Udai, 72, ketika ditemui hari ini.

Salah seorang pengunjung, Beda Changieng, 57, berkata pasar tamu ini menawarkan pelbagai produk seperti hasil tanaman tempatan, ikan sungai, ikan pekasam dan buah dabai.

Walaupun terletak kira-kira 25 kilometer dari bandar Sibu, Pasar Tamu Sibu Jaya sentiasa menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli-belah.

Keistimewaan pasar tamu yang menonjolkan hasil tempatan menjadikannya destinasi berpotensi menarik lebih ramai pengunjung.

-RJ-

Tinggalkan komen anda