
Laporan/foto: Amir Hamizan (Pasir Puteh)
PASIR PUTEH, 26 Mac (MalaysiaAktif) – Memasuki hari kelima Aidilfitri, ramai anak-anak perantau mula meninggalkan kampung halaman masing-masing untuk kembali ke destinasi masing-masing.

Ketua Jajahan Pasir Puteh menyatuni salah seorang penunggunag motosikal dengan memberikan topi keledar simbolik Kempen Keselamatan Jalan Raya
Tinjauan Malaysia Aktif di beberapa laluan utama menuju ke sempadan Kelantan-Terengganu iaitu di Kampung Wakaf Raja, Pasir Puteh mendapati aliran trafik mulai sibuk sejak awal pagi.
Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Jalan Raya, lebih daripada 1 juta kenderaan telah memasuki negeri Kelantan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.
Pertambahan bilangan kenderaan di jalan raya dijangka berterusan sehingga hujung minggu ini, justeru para pemandu dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada serta memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan jauh.
Dalam pada itu, Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Kelantan dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh turut mengadakan Program Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Jajahan Pasir Puteh semalam, bagi meningkatkan kesedaran kepada pengguna jalan raya khususnya kepada perantau perantau yang ingin pulang ke destinasi masing masing agar memandu dengan cermat, sentiasa mematuhi peraturan jalan raya agar sampai ke destinasi masing masing dengan selamat.
-AA-





