Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Puasa Membentuk Insan Muttaqin

By 3 Mac 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zarihan Azib/Siti Meriam (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 3 Mac (MalaysiaAktif) – Ibadah puasa merupakan satu proses tarbiah rohani dan jasmani dalam membentuk insan mutaqin, iaitu individu yang sentiasa bertaqwa kepada Allah SWT.

Kakitangan yang hadir.

Mudir Pondok Al-Islahiyyah Zulkarnain Harun berkata puasa bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum, malah mendidik umat Islam mengawal hawa nafsu, menjaga tutur kata, serta membentuk sifat sabar, jujur, disiplin dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.

“Puasa juga menyemai rasa syukur dan keinsafan terhadap golongan kurang bernasib baik, sekali gus memperkukuh hubungan sesama insan dan dengan Allah SWT,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah pada Siri ke-3 Program Bicara Dakwah Ambang Ramadan 360° bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), di Pejabat Penerangan Daerah Kota Bharu, di sini kelmarin.

Turut hadir Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kelantan Muhd Nor Aswadi Md. Nor.

-FN

Tinggalkan komen anda