Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPutrajaya

Rezeki Ramadan MADANI: Apresiasi Barisan Hadapan Santuni Petugas IKN

By 19 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Faizal Nazmi/IKN

PUTRAJAYA, 19 Mac (MalaysiaAktif) – Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menyampaikan sumbangan kepada barisan hadapan di Institut Kanser Negara (IKN), di sini semalam sempena inisiatif Rezeki Ramadan MADANI: Apresiasi Barisan Hadapan yang dilaksanakan di seluruh negara.

Beliau berkata inisiatif tersebut selaras dengan nilai ihsan dalam gagasan Malaysia MADANI sebagai tanda penghargaan kepada petugas kesihatan yang terus komited menjalankan tugas, termasuk ketika musim perayaan.

“Meraikan frontliner yang sememangnya bertugas setiap masa demi kesejahteraan rakyat terutamanya yang memberi perkhidmatan merawat pesakit.

“Saya amat berbangga kerana ramai yang sanggup berkorban tidak pulang berhari raya. Kita hargai pengorbanan ini sebagai tanda ihsan kepada mereka yang berkhidmat demi rakyat dan negara,” katanya kepada Malaysia Aktif, di IKN, di sini semalam.

Sementara itu, Ketua Jururawat Klinik Onkologi IKN Roselinda Awang berkata sumbangan yang diberikan amat bermakna kepada petugas yang bertugas sepanjang hari.

“Walaupun kami sibuk dengan pesakit, majlis ini sangat bermakna kepada jururawat dan doktor yang memberi perkhidmatan terbaik setiap hari.

“Juadah yang diberikan memudahkan kami untuk berbuka puasa kerana tugas yang padat, dan ia sangat dihargai,” katanya.

Menurut beliau kehadiran wakil kerajaan itu juga memberi semangat kepada petugas kesihatan untuk terus komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit.

Bagi Pembantu Perawatan Kesihatan IKN Arfiyan Taha program tersebut memberi penghargaan yang signifikan kepada barisan hadapan.

“Program seperti ini membuatkan kami rasa dihargai atas tugas yang dilaksanakan.

“Kami berharap inisiatif sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

Program Rezeki Ramadan MADANI: Apresiasi Barisan Hadapan merupakan antara usaha tulus Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam menghargai pengorbanan barisan hadapan yang terus berkhidmat tanpa mengira masa dalam memastikan kesejahteraan rakyat.

-FN

Tinggalkan komen anda