Skip to main content
Berita TempatanSabah

RTS Fasa 2 Sasar Lonjak Prestasi SPM Tenom

By 15 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Kenny Thomas (Tenom)

TENOM, 15 Mac (MalaysiaAktif) – Program peningkatan prestasi akademik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Road To Singkowoton (RTS) Fasa 2 bagi tempoh 2026 hingga 2028 dilancarkan di Dewan Lee Sin Fook, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chung Hwa, di sini.

Pegawai Pendidikan Daerah Tenom Jamilah Talib berkata program tersebut memfokuskan usaha meningkatkan gred purata keputusan SPM di sekolah menengah daerah itu.

1. Gimik pelancaran Program Road To Singkowoton (RTS) Fasa 2 / RTS 4 – RTS 6 (2026–2028) di Dewan Lee Sin Fook, SJK(C) Chung Hwa., Tenom.

Beliau berkata RTS Fasa 2 meletakkan sasaran mencapai gred purata kepala tiga bagi keputusan SPM dalam tempoh tiga tahun bermula 2026 hingga 2028.

“Kita telah mencapai gred purata 4.85 pada tahun 2024 dan 4.65 pada tahun 2025.

“Fasa seterusnya iaitu RTS 4 bermula tahun ini lebih mencabar kerana sasaran kita adalah kepala tiga,” katanya ketika ditemui pada Program Nur Rahmah Kasih Ramadan anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Tenom dengan kerjasama Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-Sekolah (PEKDIS) di sini pada Jumaat.

Turut hadir rakan strategik Pejabat Pendidikan Daerah Tenom Datuk Rahmah Jan Sulaiman Khan, ketua jabatan, guru serta penerima asnaf.

Pada majlis tersebut Rahmah turut menyampaikan sumbangan kepada sekolah, pelajar tahfiz dan anak asnaf.

-RJ-

Tinggalkan komen anda