Skip to main content
Berita TempatanSARASarawak

SARA Bantu Rakyat Sibu Buat Persiapan Aidilfitri

By 17 Mac 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sharifah Robiah/Shahrezza Halet (Sibu)

SIBU, 17 Mac (MalaysiaAktif) – Pusat membeli-belah dan pasar raya di sekitar bandar ini mula dipenuhi pengunjung yang membuat persiapan akhir menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Pasaraya Borneo di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce menjadi lokasi tumpuan kerana menyediakan kemudahan pembelian melalui inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada golongan layak.

Inisiatif tersebut ternyata memberi kelegaan kepada rakyat khususnya dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup menjelang musim perayaan.

Penerima, Yatimie Yaakub, 38, berkata bantuan itu amat membantunya membuat persiapan raya tanpa tekanan kewangan yang berlebihan.

“Bantuan ini membolehkan saya mendapatkan barangan keperluan asas dengan lebih mudah di pasar raya berkenaan,” katanya kepada Malaysia Aktif, hari ini.

Yatimie (kanan) bersama-sama isteri ketika membeli keperluan harian dan barang persiapan Hari Raya Aidilfitri, hari ini.

Penerima, Aminah Maulana, 65, turut meluahkan rasa lega apabila mampu mendapatkan barangan dapur tanpa memikirkan peningkatan kos perbelanjaan.

“Inisiatif ini sangat membantu golongan seperti kami dan menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan rakyat khususnya pada musim perayaan,” katanya.

-RJ-

Tinggalkan komen anda