Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Sentuhan Ramadan Toyo Tyre Malaysia Ceriakan Anak Yatim di Taiping

By 18 Mac 2026Mac 20th, 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fikri Johari(LMS)

TAIPING, 18 Mac (MalaysiaAktif) – Toyo Tyre Malaysia Sdn Bhd (TTM) menyerahkan sumbangan bernilai RM11,000 kepada anak-anak Pusat Kebajikan Anak Yatim Nur Hidayah dalam satu majlis berbuka puasa sempena Ramadan, semalam.

Sumbangan itu merangkumi duit raya, kuih raya dan pakaian baharu bagi memastikan anak-anak tersebut dapat menyambut Aidilfitri dengan lebih ceria.

Mike Toh ketika menyampaikan ucapan

Presiden dan Pengarah TTM, Mike Toh berkata inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) seperti ini penting bagi menyemai nilai empati dan kebersamaan dalam komuniti.

“Inisiatif seperti ini akan terus diperkasa bagi memastikan golongan yang memerlukan tidak terpinggir, di samping menyemai nilai empati dan kebersamaan dalam kalangan warga kerja,” katanya selepas majlis berbuka puasa di sebuah hotel di sini.

Majlis itu turut dihadiri Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Dato’ Seri Wan Mohd Isa Dato’ Wan Mohd Razali, Pegawai Daerah Larut, Matang dan Selama, Mohd Nasrul Menhat, serta Pesuruhjaya Kehormat (Pertahanan Awam), Dato’ Ong Chin Choon.

-AA-

Tinggalkan komen anda