Skip to main content
Berita TempatanSarawak

SKAS 2026 Ringankan Beban Penduduk Luar Bandar

By 10 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Boniface Watt Su/Ignatius Golen Sugai (Pakan)

PAKAN, 10 Mac (MalaysiaAktif) – Seramai 200 penerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) pada Majlis Pelancaran  SKAS 2026 Peringkat Dewan Undangan Negeri Pakan di Dewan Masyarakat Pakan, hari ini.

Inisiatif sejak 2025 itu membantu golongan berpendapatan rendah mendapatkan keperluan asas seperti barangan dapur dan keperluan harian.

Bantuan disalurkan melalui baucar digital S Pay Global (e-dompet) yang hanya boleh ditebus di pasar raya atau kedai berdaftar bagi memastikan ia digunakan untuk keperluan asas sahaja.

Ia akan disalurkan dalam tiga peringkat iaitu 10 Mac, Mei dan November 2026 kepada 857,814 penerima di seluruh Sarawak dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM539.8 juta.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pakan, Tan Sri William Mawan Ikom program SKAS adalah bukti komitmen kerajaan negeri membantu golongan yang memerlukan dan memastikan bantuan diterima selaras dengan kos sara hidup dan ekonomi Sarawak.

“Para penerima juga dinasihatikan agar tidak menyalahgunakan baucar SKAS untuk penukaran tunai kerana inisiatif ini direka untuk manfaat langsung rakyat,” katanya ketika menyempurnakan majlis berkenaan.

Sementara itu, penerima, Rinya Usi berkata kemudahan pembayaran tanpa tunai melalui S Pay Global menjadikan urusan SKAS lebih mudah dan pantas.

“Ia malah membolehkan kami membeli barangan keperluan asas dapur tanpa terbeban,” katanya.

-RJ-

Tinggalkan komen anda