Skip to main content
Berita TempatanSabah

eCOSS Mudahkan Pengguna Lahad Datu Dapat Minyak Masak Bersubsidi

By 10 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Adelaidah Arshad (Lahad Datu)

LAHAD DATU, 10 Mac (MalaysiaAktif) – Pelaksanaan sistem eCOSS (E-Consumer System) di daerah Lahad Datu sejak 1 Mac 2025 memberi kelegaan kepada pengguna sebagai usaha menangani isu kekurangan bekalan minyak masak paket bersubsidi di pasaran.

Bunga berkongsi pandangan mengenai pelaksanaan sistem eCOSS yang memudahkan pengguna mendapatkan minyak masak paket bersubsidi.

Sistem itu diperkenalkan bagi memastikan pengagihan minyak masak bersubsidi dilaksanakan secara lebih sistematik, telus dan terkawal serta mengelakkan pembelian berlebihan oleh pihak tertentu.

“Saya sangat bersyukur dengan pelaksanaan sistem ini kerana ia memberi peluang kepada semua pengguna yang layak untuk menikmati minyak masak bersubsidi secara lebih teratur dan adil,” kata suri rumah, Bunga Lababa, 42, ketika ditemui di sebuah pasaraya di sini pada Selasa.

“Sistem berkenaan membantu mengawal pembelian supaya setiap pengguna hanya membeli mengikut had yang ditetapkan dan orang ramai tidak lagi boleh membeli secara berlebihan,” ujar Hendry Parinas, 50, pekerja sektor swasta.

Rizki memaklumkan bekalan minyak masak paket bersubsidi di pasar raya sentiasa mencukupi sejak sistem eCOSS dilaksanakan.

“Sistem eCOSS turut membantu pihak pasaraya menguruskan penjualan minyak masak bersubsidi dengan lebih teratur serta memastikan bekalan sentiasa mencukupi,” jelas Rizki Sepriatmaja Tamrin, 23, kakitangan Pasaraya EconSave, sambil menambah pihak pasaraya sentiasa bersedia membantu pengguna yang kurang mahir menggunakan sistem itu.

Pelaksanaan sistem eCOSS di Lahad Datu membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan bekalan minyak masak bersubsidi sampai kepada pengguna yang layak secara adil dan teratur.

-RJ-

Tinggalkan komen anda