Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Akademi Pahang 1st, GPMS Anjur Wacana Pendidikan, Semai Patriotisme Belia

By 21 April 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Akmar Zulkifli (Pahang)/Nasrul Isyam (KMPh)

KUANTAN, 21 April (MalaysiaAktif) – Lebih 80 belia berusia antara 18 hingga 20 tahun dari seluruh negeri Pahang duduk semeja membincangkan hala tuju pendidikan dan pembangunan bangsa dalam konteks negeri menerusi Wacana Pendidikan Bangsa: Demi Pahang 1st, kelmarin.

Barisan panel dan moderator Wacana Pendidikan Bangsa: Demi Pahang 1st

Wacana anjuran Akademi Pahang 1st dengan kerjasama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Pahang itu juga menjadi landasan menyemai semangat cintakan negara dalam kalangan generasi muda dengan menampilkan barisan panel berkaliber yang berkongsi pandangan serta pengalaman masing-masing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inderapura, Datuk Seri Shafik Fauzan Sharif menekankan kepentingan pendidikan sebagai asas nilai diri dan masa depan belia.

“Generasi muda diingatkan agar tidak mengabaikan pelajaran, sentiasa berpegang teguh kepada ajaran agama serta menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup.

“Slogan Pahang 1st juga perlu dihayati dengan penuh makna, bukan sekadar laungan semata-mata”, katanya yang juga merupakan salah seorang panel program,” katanya.

Sementara itu, Presiden GPMS Kebangsaan, Muhd Fazreen Ismadi Fauzi menegaskan peranan berterusan GPMS dalam mendepani cabaran pendidikan masa kini.

Menurut beliau, cabaran yang dihadapi bukan lagi sekadar akses kepada pendidikan, tetapi melibatkan aspek kualiti, kemahiran dan daya saing masa depan.

“GPMS berfungsi sebagai jambatan antara pelajar, kerajaan dan industri, di samping membentuk kepimpinan serta jati diri generasi muda,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda