
Laporan/foto: Akma Laily Hamdan (Maran)
MARAN, 21 April (MalaysiaAktif) – Seramai 200 golongan asnaf di kawasan Chenor, menerima sumbangan berbentuk wang tunai bernilai RM100 seorang dalam satu majlis penyerahan di Dewan Orang Ramai Kampung Pesagi, Chenor, di sini kelmarin.
Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA), CR Abdul Hamid Ghazali berkata bantuan itu dilaksanakan oleh Yayasan KOSMA pada setiap tahun.
“Kebiasaannya, Yayasan KOSMA akan berkolaborasi dengan pemimpin masyarakat setempat bagi mengenal pasti penerima yang layak diberikan bantuan ini,” katanya kepada Malaysia Aktif.
Sementara itu, penerima bantuan, Maziah Juhari, 57, bersama adiknya Maznah Juhari, 56, menyifatkan bantuan yang diterima sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga dalam keadaan semasa sekarang.
Mereka juga turut menyatakan penghargaan terima kasih kepada Yayasan KOSMA atas bantuan tersebut.
-RI





