Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Hina Sultan Selangor: Kerajaan Negeri Lapor Polis, Gesa Tindakan Tegas

By 28 April 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Petaling)/FB Amirudin Shari

SHAH ALAM, 28 Apr (MalaysiaAktif) – Kerajaan negeri Selangor telah membuat satu laporan polis berhubung tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang memuat naik hantaran berbaur penghinaan terhadap Institusi Diraja Selangor.

Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata laporan itu dibuat Setiausaha Politiknya Saifuddin Shafi Muhammad semalam bagi mendesak siasatan segera dijalankan pihak berkuasa.

“Saya bertegas menyatakan bahawa tindakan keji sedemikian adalah ditegah di negeri Selangor. Institusi Diraja khususnya Raja-Raja Melayu adalah Ketua Agama Islam dan lambang kukuh perpaduan rakyat.

“Perbuatan mencela Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj merupakan satu tindakan keji yang tidak boleh dikesampingkan,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebooknya, semalam.

Amirudin berkata beliau telah bertemu Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil bagi memastikan tindakan pantas diambil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

“Hasil siasatan awal mendapati? pemunya akaun telah memuat naik hantaran tersebut di platform Facebook. ?Akaun berkenaan kemudiannya dipadamkan bagi mengelak dikesan,” katanya.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa bertanggungjawab dalam menggunakan media sosial dan tidak sesekali menyentuh sensitiviti yang boleh menggugat keharmonian masyarakat berbilang kaum.

-FN

Tinggalkan komen anda