Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Hobi Tanam Buah Tin jadi Sumber Pendapatan Lumayan

By 2 April 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Syafiq Md Saad (Kubang Pasu)

KUBANG PASU, 2 Apr (MalaysiaAktif) – Seorang pengusaha tanaman berjaya menjadikan hobi bercucuk tanam sebagai sumber pendapatan apabila mampu menjana hampir RM2,000 sebulan melalui pengusahaan buah tin dan tanaman lain di kediamannya di sini.

Semaian anak pokok buah tin, beliau juga mampu menggaji seorang pekerja sepenuh masa bagi menjaga tanamannya.

Menurut Dr. Salmee Said, 60, beliau memulakan tanaman tersebut dengan hanya sebatang pokok buah tin di halaman rumah sebelum berkembang kepada hampir 100 pokok buah tin kini.

Beliau berkata buah tin menjadi pilihan utama kerana mempunyai khasiat tinggi serta permintaan pasaran yang semakin meningkat, selain dipercayai memberi pelbagai manfaat kesihatan termasuk membantu mengurangkan risiko penyakit.

“Buah tin ini mempunyai nilai yang tinggi, baik dari segi kesihatan mahupun pasaran. Ia juga boleh dijadikan sebagai makanan tambahan yang memberi banyak manfaat kepada pengguna,” katanya ketika ditemui Malaysia Aktif, di sini baru-baru ini.

Keunikan serta kualiti buah tin segar yang dihasilkan membolehkan beliau menjualnya pada harga sekitar RM60 sekilogram, yang dianggap berpatutan memandangkan bekalan buah tersebut sukar diperoleh di pasaran tempatan.

Strawberi yang ditanam di kebun Dr. Salmee

Selain menjual hasil segar, Salmee turut mengembangkan usaha dengan menghasilkan produk hiliran berasaskan buah tin seperti aiskrim perisa buah tin, jem roti buah tin serta jem strawberi, walaupun pengeluarannya masih pada skala kecil.

Kejayaan Salmee membuktikan bahawa bidang pertanian moden mampu menjadi sumber pendapatan yang stabil, sekali gus memberi inspirasi kepada masyarakat khususnya golongan muda untuk menceburi sektor tersebut demi menjana ekonomi serta menyumbang kepada penghasilan makanan sihat untuk komuniti.

-RI

Tinggalkan komen anda