Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Projek #BizIbuTunggal Bantu Lonjak Pendapatan 127 Wanita Pulau Pinang

By 2 April 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurul Wahida Mohamad Noor/Penang Women’s Development Corporation – PWDC

PERMATANG PAUH, 2 Apr (MalaysiaAktif) – 127 ibu tunggal di Pulau Pinang menikmati manfaat langsung rojek #BizIbuTunggal.

Inisiatif yang bermula sejak 6 Februari lalu itu melibatkan kesemua 40 Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN).

Toh Puan Raja Noora Ashikin (kiri) ketika melakukan lawatan di gerai jualan.

Pengerusi Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam Lim Siew Khim berkata Projek #BisIbuTunggal bukan sekadar platform jualan tetapi inisiatif pemerkasaaan yang memberi peluang kepada ibu tunggal untuk berdikari dan membuka ruang mereka untuk terus berusaha dan berjaya.

Kejayaan projek ini didorong peranan aktif Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga (JPWK) yang bertindak sebagai pemudah cara dalam mencari penaja dan pembeli, di samping mengenal pasti peserta berpotensi untuk menghasilkan produk sebelum diagihkan kepada golongan rentan dan memerlukan.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Wanita Sedunia Peringkat Negeri Pulau Pinang 2026, di sini kelmarin.

Lim Siew Khim berkata projek #BizIbuTunggal membantu peserta berdikari menjana pendapatan melalui pendekatan usahawan.

Menurut Lim, sasaran awal kutipan projek ditetapkan sebanyak RM100,000, namun hasil sokongan padu pelbagai pihak, jumlah tersebut berjaya melepasi jangkaan dengan kutipan keseluruhan mencecah RM144,274.50.

“Secara purata, setiap peserta memperoleh pendapatan sekitar RM1,136, malah terdapat seorang ibu tunggal yang berjaya menjana sehingga RM9,600 dalam tempoh lebih sebulan, ini satu pencapaian yang amat membanggakan,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda