
Laporan/foto: Shah Hood (Johor)/Facebook Johor Port Malaysia
PASIR GUDANG, 8 April (MalaysiaAktif) – Johor Port Berhad (Johor Port) memainkan peranan penting dalam menyokong pembiayaan pelbagai perkhidmatan awam termasuk penyelenggaraan kemudahan asas serta pelaksanaan projek infrastruktur demi kesejahteraan penduduk setempat.

Ketua Pegawai Eksekutif Johor Port Berhad, Md Derick Basir, memberi penerangan kepada Datuk Bandar Pasir Gudang.
“Sebagai penyumbang terbesar cukai taksiran di Pasir Gudang, Johor Port komited melaksanakan tanggungjawab statutori demi menyokong pembangunan mampan, memperkukuh perkhidmatan awam serta menjamin kesejahteraan komuniti setempat,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Johor Port Berhad Md Derick Basir.
Menurtnya, pihaknya komited dalam melaksanakan tanggungjawab statutori bagi menyokong pembangunan mampan di daerah berkenaan.
Belaiu, berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat Datuk Bandar Pasir Gudang Datin Paduka Hazlina Jalil sempena Program Walkabout Cukai Taksiran anjuran Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), di sini semalam.
Program berkenaan bertujuan meninjau operasi pelabuhan selain memperkukuh hubungan kerjasama antara pihak industri dan pihak berkuasa tempatan dalam memastikan hasil kutipan cukai dimanfaatkan sepenuhnya bagi pembangunan bandar raya Pasir Gudang.

Kenangan lawatan walkabout Johor Port bersama Datuk Bandar Pasir Gudang.
Dalam sesi walkabout (Jelajah mesra) itu, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai impak sumbangan kewangan Johor Port yang diterjemahkan kepada peningkatan kemudahan awam serta usaha mewujudkan persekitaran bandar yang lebih kondusif.
Md Derick turut menegaskan bahawa kejayaan yang dicapai Johor Port adalah selari dengan kemajuan Pasir Gudang, selain menyifatkan kerjasama strategik antara sektor industri dan kerajaan tempatan sebagai pemacu utama kepada ekosistem ekonomi yang stabil.
Sebagai penyumbang terbesar cukai taksiran di kawasan itu, Johor Port akan terus memainkan peranan aktif dalam menyokong agenda pembangunan ekonomi setempat secara telus dan berkesan bagi memastikan masa depan Pasir Gudang yang lebih progresif dan mampan.
-RI





