Skip to main content
Berita TempatanLabuan

Op Tiris 4.0, Op Taring Gelora Khas Tumpaskan Taktik Sorok Diesel di Labuan

By 8 April 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/ KPDN Labuan

LABUAN, 8 April (MalaysiaAktif) – Pelaksanaan operasi bersepadu Op Tiris 4.0 dan Op Taring Gelora Khas bersama Pasukan Polis Marin (PPM) Labuan, di sini semalam berjaya menumpaskan taktik menyorok minyak diesel.

Dram besi yang ditutup dengan kanvas dalam keadaan mencurigakan di sekitar kawasan Pulau Enoe.

Menurut Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Labuan Junaidah Arbain pasukan operasi menemui beberapa dram besi yang ditutup dengan kanvas dalam keadaan mencurigakan di sebuah lokasi pendaratan sekitar kawasan Pulau Enoe.

“Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat sebanyak enam drum yang berisi cecair disyaki minyak diesel dengan anggaran kuantiti keseluruhan sebanyak 1,000 liter dipercayai disimpan bagi tujuan penyelewengan dan dijual semula pada harga yang lebih tinggi. Sitaan dibuat dengan jumlah keseluruhan RM8,500.

“Satu tindakan kes telah dihasilkan di bawah di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961, yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga (3) tahun atau kedua-duanya sekali bagi individu dan denda boleh dikenakan sehingga RM2 juta bagi syarikat,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

KPDN akan terus memperkukuh kerjasama bersama agensi penguatkuasaan lain bagi memerangi penyelewengan barang kawalan dan ketirisan subsidi.

Jelasnya, operasi bersepadu tersebut dilaksanakan secara menyeluruh meliputi kawasan perairan, jeti-jeti serta persisiran pantai di sekitar pulau itu dengan fokus utama mengekang aktiviti penyelewengan barang kawalan, khususnya petrol dan diesel, seterusnya mengelakkan ketirisan subsidi.

“KPDN akan terus memperkukuh kerjasama strategik bersama agensi penguatkuasaan lain melalui pelaksanaan operasi bersepadu secara berterusan bagi memastikan aktiviti penyelewengan barang kawalan dan ketirisan subsidi dapat dibanteras dengan lebih berkesan,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda