Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Johor Sasar Jadi Hab Inovasi dan Pembuatan Maju Serantau

By 3 April 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shah Hood/Facebook Hasni Mohammad

JOHOR BAHRU, 3 April (MalaysiaAktif) – Johor kini sedang bergerak ke arah menjadi hab inovasi, teknologi, dan pembuatan maju di rantau ini, selaras dengan perkembangan ekonomi global dan serantau.

Hasni mendengar penerangan produk teknologi peserta persidangan.

Penasihat Ekonomi dan Pelaburan Negeri Johor Datuk Hasni Mohammad berkata usaha itu disokong melalui kemasukan pelaburan asing, pembangunan Johor–Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ), agenda tenaga boleh diperbaharui serta pembangunan bakat tempatan.

“Johor hari ini bukan lagi sekadar negeri perindustrian, tetapi sedang membina ekosistem ekonomi masa depan yang lebih mampan dan berpendapatan tinggi.

“Dengan kekuatan ekonomi Asia Tenggara yang pesat berkembang, Johor berhasrat untuk berada di barisan hadapan dalam memacu pertumbuhan tersebut.,” katanya dalam kenyataan hari ini berkait penganjuran The Advanced Innovation & Manufacturing Summit 2026 yang berlangsung kelmarin.

Persidangan tersebut menghimpunkan pemimpin industri, pelabur, pakar teknologi, institusi pendidikan serta pembuat dasar bagi membincangkan masa depan pembuatan maju, kecerdasan buatan (AI), inovasi industri dan kerjasama serantau.

Persidangan itu diharap menjadi pemangkin kepada lebih banyak pelaburan strategik, kerjasama inovasi, pembangunan bakat serta transformasi industri yang mampan di Johor.

-RI

Tinggalkan komen anda