Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Usaha Tingkat Kesedaran Autisme Tuntut Komitmen Semua Pihak

By 1 April 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Amran Mohamad Kamis/Sazli Abu Hassan Azahari (Baling)

BALING, 1 April (MalaysiaAktif) – Usaha meningkatkan kesedaran terhadap autisme memerlukan komitmen menyeluruh semua pihak, bukan hanya tertumpu kepada institusi kesihatan dan pendidikan, kata Pegawai Daerah Baling Yazlan Sunardie Che Yahaya.

Kehadiran luar biasa di Dewan Tunku Abdul Rahman sempena Sambutan Hari Kesedaran Autisme 2026 Peringkat Daerah Baling, pagi tadi.

Beliau berkata usaha itu perlu dilaksanakan secara berterusan bagi mengurangkan stigma serta salah faham dalam kalangan masyarakat.

“Golongan autisme mempunyai potensi tersendiri yang perlu dibimbing dengan pendekatan yang betul. Mereka bukan untuk dipinggirkan, sebaliknya perlu diraikan dan disokong,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Hari Kesedaran Autisme 2026 Peringkat Daerah Baling di Dewan Tunku Abdul Rahman, Hospital Baling, di sini hari ini.

Pengarah Hospital Baling Dr. Selvannaayagam Shanmuganathan berkata pengesanan awal serta intervensi bersepadu penting dalam membantu perkembangan kanak-kanak autisme.

“Autisme bukan penghalang untuk berjaya. Dengan sokongan keluarga, guru dan komuniti, anak-anak ini mampu menyerlahkan potensi luar biasa mereka,” katanya.

Sementara itu, seorang ibu, Siti Norhayati, 45, menyifatkan program berkenaan amat bermanfaat dalam meningkatkan kefahaman serta keyakinan ibu bapa dalam menguruskan anak autisme.

-RI

Tinggalkan komen anda