Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

94.93 Peratus Calon SPM 2025 Negeri Sembilan Layak Terima Sijil, Catat GPN 4.16

By 1 April 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairul Othman (Negeri Sembilan)

SEREMBAN, 1 Apr (MalaysiAktif) – 94.93 peratus calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Negeri Sembilan layak menerima sijil.

Pencapaian memberangsangkan itu turut disusuli dengan rekod Gred Purata Negeri (GPN) sebanyak 4.16, yang disumbangkan oleh 15,009 calon sekolah daripada keseluruhan 17,384 calon berdaftar di seluruh negeri.

Pegawai-pegawai JPNNS bersama Khalidah Omar (tengah) memegang naskhah Laporan Keputusan SPM 2025 pada sidang media pengumuman keputusan tersebut di Balai Gadang, JPNNS.

Pengumuman rasmi keputusan SPM 2025 itu telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNNS) Khalidah Omar, dalam satu majlis yang berlangsung di Balai Gadang, JPNNS, semalam.

Melalui satu kenyataan yang dikeluarkan, JPNNS menzahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi atas peningkatan prestasi dan kecemerlangan yang diukir oleh para pelajar pada tahun ini.

“Syabas dan tahniah dirakamkan kepada semua calon, guru-guru, pengetua, serta seluruh warga sekolah yang telah bekerja keras dan menunjukkan komitmen yang tinggi,” menurut kenyataan tersebut.

Kejayaan ini disifatkan sebagai hasil usaha sama pelbagai pihak yang tidak jemu menyokong pembangunan akademik pelajar.

Pihak JPNNS turut merakamkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada para pemimpin negeri, ketua-ketua masyarakat, barisan pendidik dan seluruh rakyat Negeri Sembilan yang terus teguh membantu menjayakan agenda pendidikan di negeri ini.

-RI

Tinggalkan komen anda