Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Lelaki Terlibat Salah Guna Dadah Ditahan

By 6 April 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Salleh Immun/IPD Mukah (Mukah)

MUKAH, 6 April (MalaysiaAktif) – Polis menahan seorang lelaki tempatan kerana disyaki terlibat penyalahgunaan dadah di sebuah rumah di Kampung Lintang, di sini semalam.

Seorang lelaki ditangkap ketika serbuan dilakukan oleh IPD Mukah di salah sebuah rumah bertempat di Kampung Lintang Balingian.

Ketua Polis Daerah Mukah Muhamad Rizal Alias berkata suspek berusia 56 tahun itu ditahan kira-kira pukul 1.20 tengah hari.

“Serbuan di rumah berkenaan membawa kepada penemuan satu keratan tiub straw lut sinar mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine atau syabu seberat anggaran 0.34 gram.

“Suspek yang bekerja sebagai buruh didapati positif dadah jenis amphetamine serta methamphetamine hasil ujian saringan air kencing,” katanya kepada MalaysiaAktif hari ini.

Beliau berkata polis telah memperoleh perintah reman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 9 April bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12(2) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

-RJ-

Tinggalkan komen anda