
Laporan/foto: Nur Imanina (Perak)/MajuPerak Holdings Berhad
IPOH, 17 April (MalaysiaAktif) – Kejayaan korporat tidak boleh dipisahkan daripada kesejahteraan rakyat, kata Pengerusi Eksekutif Majuperak Holdings Berhad (MHB)Datuk Redza Rafiq Abdul Razak.

Redza Rafiq menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim sebagai simbol keprihatinan melalui inisiatif CSR.
Beliau berkata pembangunan ekonomi juga perlu seiring dengan pembangunan insan.
“MHB sentiasa memperkukuh komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersama kerajaan negeri Perak dalam mensejahterakan rakyat.
“CSR merupakan strategi penting yang menghubungkan pertumbuhan ekonomi dengan kesejahteraan rakyat,” katanya pada Majlis Ramah Mesra bersama-sama 52 anak-anak daripada Pertubuhan Badan Kebajikan Anak-Anak Yatim Darussalam Ipoh di Miker Avenue, Bazar Ipoh, di sini kelmarin.
Program dengan kerjasama Tasik Cermin Ipoh dan Miker Group itu menjadi platform menyemai nilai kasih sayang dan kebersamaan selaras aspirasi Perak Sejahtera 2030.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MHB Muhammad Yazurin Sallij Muhammad Yasin, berkata inisiatif CSR dilaksanakan secara berstruktur bagi memastikan manfaat jangka panjang kepada komuniti.
“Inisiatif ini bukan sekadar program bermusim, tetapi pelaburan sosial berterusan,” katanya.
MHB menegaskan usaha CSR akan terus diperkukuh bagi menyokong pembangunan Negeri Perak yang inklusif dan berdaya saing.
-RI





