Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

RDEO Selatan Mudahkan Urusan Industri Digital Johor

By 17 April 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syamilah Yusman/Mohd Zahid Othman (Johor)

ISKANDAR PUTERI, 17 April (MalaysiaAktif) – Penubuhan Pejabat Ekonomi Digital Wilayah (RDEO) Selatan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC)  selari dengan perkembangan pesat industri digital khususnya di Johor.

Gobind berkata pemain industri digital perlu membuat persiapan rapi dalam menghadapi perkembangan teknologi baharu.

Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata sebelum ini kebanyakan urusan berkaitan tertumpu di Cyberjaya, Selangor namun dengan pembukaan pejabat berkenaan, pihak berkepentingan kini boleh mendapatkan perkhidmatan yang diperlukan di selatan tanah air.

“Penubuhan RDEO Selatan ini bukan sahaja memperkukuh ekosistem digital di Johor, malah memudahkan akses perkhidmatan kepada pemain industri tanpa perlu ke Cyberjaya,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran pejabat itu di Menara Iskandar Investment Berhad (IIB), di sini semalam.

Beliau berkata negara perlu membuat persiapan rapi dalam menghadapi perkembangan teknologi baharu yang dijangka berlaku dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Menurutnya, pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) turut menggariskan aspirasi untuk menjadikan Malaysia sebagai negara kecerdasan buatan (AI) menjelang 2030.

Pelancaran RDEO Selatan antara langkah strategik ke arah merealisasikan agenda AI Nation 2030.

“Pelancaran RDEO Selatan merupakan antara langkah strategik ke arah merealisasikan agenda berkenaan.

“Dengan persiapan sewajarnya, kita yakin visi untuk mencapai AI Nation 2030 dapat direalisasikan mengikut perancangan,” katanya.

Turut hadir Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia negeri Lee Ting Han, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Digital) Kementerian Digital MA Sivanesan dan Ketua Pegawai Eksekutif MDEC Anuar Fariz Fadzil.

-RI

Tinggalkan komen anda