Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Perak Sasar 900 Pelajar Terima Biasiswa Menteri Besar Perak, Perkasakan Sektor Agrotek

By 23 April 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Imanin/Mohammad Ezwandi (Perak)

IPOH, 23 April (MalaysiaAktif) – Kerajaan negeri Perak menyasarkan seramai 900 pelajar daripada golongan B40 menerima manfaat inisiatif Biasiswa Menteri Besar dan Biasiswa Agrotek Perak SADC-Yayasan Perak bagi sesi kali ini.

Menteri Besar Perak Dato’ Seri Saarani Mohamad berkata inisiatif tersebut bertujuan meringankan beban kewangan pelajar selain memperkasakan sektor agroteknologi melalui penyediaan tenaga mahir.

“Kerajaan negeri percaya pendidikan merupakan pemacu utama mobiliti sosial yang membuka peluang kepada generasi muda untuk membina masa depan yang lebih baik,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penyerahan biasiswa berkenaan di Foyer Pejabat Menteri Besar, di sini semalam.

Saarani berkata inisiatif itu juga selari dengan aspirasi pelan pembangunan Perak Sejahtera 2030 khususnya dalam memperkukuh agenda keterjaminan makanan di peringkat negeri.

Menurutnya, setakat ini seramai 75 pelajar telah menerima tajaan Biasiswa Agrotek sejak ia mula diperkenalkan pada 2022, sekali gus membuktikan komitmen berterusan kerajaan dalam melahirkan modal insan kompetitif bagi memacu ekonomi agroteknologi.

Selain bantuan secara one-off kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), majlis tersebut turut menyaksikan penyerahan cek cura bagi Biasiswa Agrotek.

Sementara itu, seorang penerima biasiswa Lai Ke Ying, 17, menzahirkan rasa syukur atas bantuan tersebut yang dianggap sangat bermakna buat dirinya dan keluarga.

“Bantuan ini membolehkan saya membeli buku rujukan tambahan untuk ulang kaji, selain membantu meringankan beban kewangan keluarga saya,” kata pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Ave Maria Convent itu.

-AA-

Tinggalkan komen anda