Skip to main content
Berita TempatanSarawak

PPRS Perkasa Kualiti Hidup Penduduk Luar Bandar

By 1 April 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Salleh Immun/Tarmizi Karnain (Mukah)

MUKAH, 1 Apr (MalaysiaAktif) – Kerajaan memperkukuh usaha membasmi kemiskinan luar bandar menerusi Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) bagi menyediakan kediaman yang selamat dan selesa.

Program ini merupakan kesinambungan Program Bantuan Rumah (PBR) di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Abdul Yakub Arbi berkata PPRS memberi tumpuan kepada golongan miskin dan miskin tegar melalui bantuan pembinaan rumah baharu serta pembaikan rumah sedia ada.

“Inisiatif ini merupakan usaha utama kerajaan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat luar bandar bagi menjalani kehidupan lebih selesa,” katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan kunci rumah di Kampung Penakub Ulu, di sini semalam.

Penerima bantuan PPRS Timba Dan (tiga, kanan) menerima replika kunci rumah daripada wakil Pejabat Daerah Mukah Nurhidayah Kassim (tiga, kiri) sambil disaksikan oleh pemimpin masyarakat setempat di Kampung Penakub Ulu, Mukah.

Majlis penyerahan projek pembinaan rumah yang menelan kos RM85,000 tersebut disempurnakan wakil Pejabat Daerah Mukah Nurhidayah Kassim.

Penerima bantuan Timba Dan melahirkan rasa syukur kerana permohonannya terhadap PPRS diluluskan sekali gus membolehkan dia sekeluarga tinggal di kediaman baharu yang lebih selesa dan selamat.

-RJ-

Tinggalkan komen anda