Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Belia Perlu Lebih Proaktif untuk Pembangunan Negeri

By 27 April 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Salleh Immun/Tarmizi Karnain/Ambrose Wenanddo (Mukah)

MUKAH, 27 April (MalaysiaAktif) – Golongan belia perlu lebih proaktif dalam menyumbang kepada pembangunan negeri, kata Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol.

Beliau berkata golongan itu merupakan aset penting negeri dan mereka perlu memainkan peranan aktif sebagai penyumbang kepada pembangunan.

“SABERKAS (Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak) adalah platform penting dalam menyatukan belia pelbagai kaum serta memupuk persefahaman dalam masyarakat majmuk.

“Pertubuhan ini bukan sahaja melahirkan belia aktif, malah memastikan mereka mempunyai kemahiran dan daya saing yang seimbang antara kawasan bandar serta luar bandar,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tritahunan SABERKAS  Cawangan Balingian dan Tellian bagi sesi 2026-2029, di sini semalam.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Abdul Yakub Arbi dan ADUN Tellian, Royston Valentine masing-masing mengekalkan jawatan sebagai Pengerusi SABERKAS Cawangan Balingian dan Tellian.

-RJ-

Tinggalkan komen anda