Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

SJKT Keruh Jayakan Kempen Jom Baca Bersama 10 Minit

By 24 April 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fasharina Kholil (Pengkalan Hulu)

PENGKALAN HULU, 24 April (MalaysiaAktif) – Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Keruh telah menjayakan Kempen Jom Baca Bersama 10 Minit dengan penglibatan menyeluruh daripada murid, guru serta warga sekolah dalam usaha membudayakan amalan membaca, semalam.

Program yang diadakan serentak di seluruh negara itu dianjurkan sempena sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia yang diraikan pada 23 April setiap tahun bertujuan memupuk minat membaca serta menghargai karya penulisan dan hak cipta.

Penolong Kanan SJKT Keruh Revadhi Maniam berkata program yang diadakan serentak seluruh negara itu menyaksikan semua murid berkumpul dan mengambil bahagian dalam sesi bacaan selama 10 minit menggunakan pelbagai bahan seperti buku cerita, majalah ilmiah dan bahan rujukan.

“Kempen tersebut merupakan satu inisiatif penting dalam memupuk minat membaca sejak peringkat awal.

“Semoga amalan membaca menjadi sebagai budaya harian dalam kalangan murid, kita mahu mereka melihat membaca sebagai satu keperluan, bukan sekadar aktiviti sampingan,” katanya, di sini semalam.

Tambahnya lagi, amalan membaca mampu meningkatkan pengetahuan, memperkembangkan pemikiran serta membentuk sahsiah murid ke arah yang lebih cemerlang disamping berjaya menyemai minat membaca serta membentuk budaya ilmu dalam kalangan warga sekolah.

-RI

Tinggalkan komen anda