Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Pentadbiran Negeri Sembilan Utuh, Operasi Secara Optimum – Tuanku Muhriz

By 24 April 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairul Othman/MKhairulnizam (Negeri Sembilan)

SEREMBAN, 24 April (MalaysiAktif) – Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertitah bahawa jentera pentadbiran kerajaan negeri kekal utuh dan beroperasi secara optimum demi memelihara kebajikan rakyat.

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sedang menyampaikan Titah Diraja.

Tegas baginda, ketiadaan barisan pembesar negeri yang secara tradisinya mengiringi baginda pada Istiadat Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) sama sekali tidak menjejaskan keabsahan mahupun kelancaran perjalanan sidang tersebut.

Ketika menyempurnakan majlis perasmian Persidangan Pertama Penggal Keempat DUN ke-15 hari ini, Tuanku Muhriz turut menzahirkan rasa bangga terhadap pencapaian cemerlang serta kesepakatan jitu yang dipamerkan oleh pentadbiran negeri sepanjang tahun lalu.

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sedang mencemar duli memeriksa Kawalan Kehormatan Utama.

“Beta bersyukur kerana kerjasama kukuh dalam kerajaan beta terus menunjukkan prestasi cemerlang pada tahun lalu,” titah Baginda.

Dalam titah yang sama, Baginda turut mendoakan agar Negeri Sembilan terus dilimpahi kesejahteraan dan seluruh rakyat dapat menikmati kehidupan yang harmoni di bawah teraju Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun bersama barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Turut berangkat mengiringi baginda ke istiadat pembukaan berkenaan ialah Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.

-RI

Tinggalkan komen anda