Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Usahawan Kecil Manfaat Platform Digital Luas Pasaran Produk

By 10 April 2026April 12th, 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mary Belare/Norhafizah Yusof (Sarawak)

SAMARAHAN, 10 April (MalaysiaAktif) – Golongan usahawan kecil di daerah ini mula beralih kepada penggunaan platform digital bagi memperluaskan pasaran produk makanan yang dihasilkan dari rumah.

Antara hasil tangan yang sering menjadi pilihan para pelanggan adalah pineapple cheese tart.

Peniaga, Magdalane Supen, 54, berkata penggunaan media sosial membolehkan produk kek dan kuih-muih tradisional dikenali dengan lebih meluas berbanding kaedah jualan secara bersemuka.

“Pada mulanya saya hanya membuat kek untuk suka-suka, tetapi apabila ramai menyarankan untuk menjual, saya mula mempromosikan produk melalui Facebook,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurut Magdalane, beliau mempelajari teknik pemasaran di aplikasi TikTok secara kendiri serta mengikuti kelas bimbingan dalam talian bagi mengatasi kekangan pengetahuan teknologi.

“Saya belajar sedikit demi sedikit cara menggunakan media sosial dan usaha ini akhirnya membuahkan hasil apabila tempahan mula diterima dari pelbagai lokasi,” katanya.

Magdalane Supen menunjukkan antara produk kek yang dihasilkan dari rumah bagi memenuhi permintaan pelanggan di sekitar daerah ini semalam.

Magdalane memberitahu bahawa akses maklumat melalui kemudahan digital pada masa kini jauh lebih mudah berbanding zaman dahulu yang hanya bergantung kepada buku atau majalah.

Peralihan kepada perniagaan digital ini secara tidak langsung membantu meningkatkan pendapatan keluarga melalui permintaan yang semakin meningkat setiap bulan.

Kejayaan usahawan dari Baram ini membuktikan faktor usia bukan penghalang untuk menguasai teknologi maklumat demi kelangsungan ekonomi.

-RJ-

Tinggalkan komen anda