Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

YAPEIM Sumbang RM10,000 Santuni Pelajar Melalui Program Kebajikan

By 15 April 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Uraidah Zetti Md Arifin (Terengganu)

DUNGUN, 15 April (MalaysiaAktif) – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPIEM) telah menyalurkan sumbangan berjumlah RM10,000 kepada pelajar sekolah bagi keperluan pembelajaran.

Ucapan aluan oleh Nor Irma Harini Roslee.

Inisiatif tersebut melibatkan lima buah sekolah terpilih di sekitar daerah ini yang ternyata memberi sinar kegembiraan kepada pelajar.

Menurut Pengurus Eksekutif Operasi, Ar Rahnu YAPEIM Cawangan Dungun Nor Irma Harini Roslee, program ini merupakan penganjuran kali kesembilan bagi cawangan seliaan Negeri Terengganu.

“Diharapkan sumbangan yang disampaikan ini dapat meringankan beban penerima manfaat, khususnya dalam kalangan pelajar yang memerlukan,” katanya di Perkarangan Pasar Buah Dungun, di sini semalam.

Program seumpama ini bukan sahaja membantu dari segi kewangan, malah turut menyemai nilai keprihatinan dan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat serta memberi manfaat kepada para pelajar serta meringankan beban kewangan khususnya bagi golongan yang kurang bernasib baik.

-RI

Tinggalkan komen anda